Permasaalahan sekitar cara memakai cincin menurut Islam
Ulama berselisihan pendapat dalam perkara cara memakai cincin.Maka oleh kerana ada khilafnya maka memakai cincin samada di jari tangan kanan atau kiri tidak jadi masaalah.
Tempat letaknya cincin :
Ulama'
tidak berselisih pendapat tentang cincin yang di pakai oleh kaum
wanita.Kerana cincin sememangnya perhiasan mereka.Bagi wanita mereka
boleh pakai di samada di tangan kanan atau kiri atau cari kaki sekali
pun ikut piihan mereka.
Yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama ialah cincin yang di pakai oleh kaum lelaki.
Beberapa
pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di
jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan
kanan.
Ada
juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di
jari tangan kanan dan ada juga ulama menerima kedua-dua tangan kanan dan
kiri; kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah
saw.
Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.

Memakai
cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg
kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan
menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memilih pemakaian disebelah
kiri.
Berkata Imam Shafiee :
Kepada
lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah
dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya
adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg
afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.
Berkata sebahagian ulama:
kiri
adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn
Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan
dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya.
Imam Syafiee mengatakan
bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang
berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang
memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari
tengah dan yg berikutnya}.
Kata Imam Hanbali :
Kata Imam Hanbali :
Memakai
cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari
kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal,
riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni
yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di
sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan
memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa Imam Hanbali benci (makruh)
memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari
tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari
manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana
menurut nas.
Sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.
(Sumber:Fatwa cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait yang di petik oleh sdr.Ady Muhammad facebook.com/ady.muhammad ) .
Nota tambahan:
1.
Dari al-Barra bin Azib r.a, dia berkata :
Rasulullah memerintahkan
kepada kami 7 dan melarang kepada kami dari 7 perkara pula :
Beliau
memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, melihat orang sakit,
memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, mendukung sumpah/orang
yang bersumpah dan membalas salam, menyebarkan salam dan mendoakan orang
bersin.
Beliau melarang kita memakai wadah dari perak, cincin emas,
sutera, pakaian yang berlapis sutera tipis, pakaian yang diperbuat dari
cotten dan sutera, pakaian yang berlapis sutera tebal dan tutup pelana
dari sutera.(Sumber)
2.
Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa
Nabi s.a.w memaki cincin dari emas atau perak dan menempatkan muka cincin itu dekat tapak tangan beliau, dan di dalamnya dilukiskan "Muhammad Rasulullah".
Maka orang-orang memakai cincin seperti yang beliau pakai. Ketika beliau melihat mereka memakainya, maka beliau melemparkan cincin beliau itu dan berkata : Aku tidak akan memakai selamanya, lalu beliau memakai cincin dari perak pula. Berkata Ibnu Umar:Orang yang memakia cincin itu setelah Nabi s.a.w adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman sehinggalah cincin Uthman ini jatuh disumur aris.(Sumber)

waAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment