Wednesday, August 8, 2012

MAKNA MENDERHAKA IBU BAPA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Ustaz, saya ingin bertanya.
1) Wajarkah seorang anak menegur ibu yang melakukan kesalahan? Adakah itu dianggap derhaka?
2) Sekiranya seorang ibu yang membuat salah itu memarahi anak nya kerana tidak menurut apa yang dikehendakinya dan anak nye membantah sehingga berlaku pertengkaran adakah itu derhaka?
3) Sekiranya anak tersebut seorang perempuan dan telah berkahwin, bagaimanakah dosa anak perempuan tersebut?  adakah di tanggung oleh suami?
4) Sekiranya si anak banyak terasa hati dengan tingkah laku ibu nya dan membawa diri jauh dari ibunya, adakah itu dikira derhaka?
Terima kasih ya ustaz.

Jawapan;

Menderhakai dua ibu bapa merupakan dosa besar dalam Islam, malah di antara dosa-dosa paling besar. Di dalam hadis, Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Dosa-dosa paling besar ada empat;
1.      Mensyirikkan Allah
2.      Membunuh manusia
3.      Menderhakai dua ibu bapa
4.      Memberi kesaksian palsu
(HR Imam al-Bukhari dari Anas –radhiyallahu ‘anhu-)

Namun kita perlu memahami dengan baik apa yang dimaksudkan menderhakai dua ibu-bapa kerana ibu-bapa tidaklah sama seperti Allah dan Rasul yang tidak boleh dicanggahi arahan dan keputusannya. Dua ibu-bapa adalah makhluk dan mereka tertakluk dengan hadis Nabi; “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq (Tuhan pencipta iaitu Allah)”.

Menurut Imam Ibnu as-Solah; penderhakaan terhadap ibu-bapa yang diharamkan ialah semua jenis perbuatan yang menyebabkan dua ibu-bapa merasa sakit hati (perasaan kecewa) yang tidak sedikit terhadap anaknya, sedangkan perbuatan itu bukanlah dari perkara-perkara wajib (yang terpaksa dilakukan)” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 1, bab Bayan al-Kabair wa Akbariha). Berdasarkan pandangan Imam Ibnu as-Solah ini kita dapat simpulkan bahawa yang dikatakan penderhakaan ialah apabila si anak melakukan perbuatan yang sengaja untuk menyakiti dua ibu-bapanya. Adapun jika ibu-bapa merasa sakit hati atau kecewa terhadap perbuatan si anak yang wajib perbuatan itu ia lakukan kerana untuk memenuhi tuntutan agama, tidaklah ia dianggap penderhakaan yang diharamkan oleh agama yang tergolong dalam dosa-dosa besar oleh hadis tadi kerana mentaati Allah lebih utama dari mentaati dua ibu-bapa.

Maka apabila si anak menegur bapa atau ibunya kerana suatu maksiat yang mereka lakukan yang mesti ditegur, lalu bapa atau ibu merasa marah atau kecewa, tidaklah si anak itu dianggap durhaka di sini agama kerana menegur/mencegah maksiat adalah dituntut oleh agama. Begitu juga, jika ibu-bapa meminta/mengarahkan si anak agar melakukan perbuatan dosa, munkar atau maksiat, lalu si anak menolaknya dan ibu-bapa rasa marah, tersinggung atau kecewa, tidaklah si anak dikira durhaka kepada ibu-bapa di sisi agama.

Diceritakan di dalam hadis bahawa, Sa’ad bin Abi Waqqas –radhiyallahu ‘anhu- apabila ia memeluk Islam dan diketahui ibunya yang masih kafir, ibunya telah telah mengadakan mogok lapar. Ibunya berkata; “Bukankan Allah memerintahkan supaya kamu berbuat baik kepada ibumu? Demi Allah, aku tidak akan makan sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman hinggalah sama ada aku mati atau kamu kembali kafir”. Lalu turunlah ayat Allah (bermaksud); “…dan jika mereka berdua (yakni ibu-bapamu) mendesakmu supaya engkau mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8). (HR Imam at-Muslim, at-Tirmizi dan lain-lain. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-‘Ankabut, ayat 8).

Dalam riwayat yang lain diceritakan; Saad berkata kepada ibunya tadi; “Wahai ibu, ketahuilah bahawa jika ibu dikurniakan 100 nyawa dan keluar nyawa itu satu demi satu dari ibu (kerana mogok lapar ibu itu), saya sekali-kali tidak akan meninggalkan agama ini kerana suatu tukaran pun. Jika ibu mahu, ibu makanlah. Jika tidak mahu, tak usahlah makan”. Akhirnya ibunya putus asa dan makan. (HR Imam at-Thabrani. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Walau bagaimanapun, dalam menegur kedua ibu-bapa, si anak hendaklah beradap dan menggunakan bahasa yang elok. Tidak harus menengking atau bertengkar dengan ibu-bapa. Kewajipan si anak ialah memberikan teguran. Jika teguran tidak dindahkan, bukanlah lagi tanggungjawab si anak untuk memaksa mereka. Berdoalah kepada Allah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Begitu juga, tidak harus memulau ibu-bapa semata-mata kerana bercanggah pandangan dengan kita. Perhatikan firman Allah dalam surah Luqman (yang bermaksud);

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…” (Surah Luqman, ayat 15)

Perhatikan dalam ayat di atas; Allah melarang kita dari memenuhi desakan ibu-bapa kepada kekufuran (mensyirikkan Allah), namun dalam pada itu Allah tetap memerintahkan agar kita bergaul dengan mereka di dunia secara baik. Berkata Imam al-Qurthubi –mengulas ayat di atas-; “Ayat ini menjadi dalil kepada tuntutan supaya mengikat hubungan dengan dua ibu-bapa yang kafir termasuk menafkahi mereka –mengikut yang terdaya- jika mereka miskin, bercakap lembut dengan mereka dan mengajak mereka kepada Islam dengan bahasa yang manis” (Tafsir al-Qurthubi, surah Luqman, ayat 15). Diceritakan dalam hadis bahawa Asma’ binti Abu Bakar, tatkala datang kepadanya ibunya yang masih kafir (musyrik) untuk mengikat hubungan, ia (yakni Asma’) bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, perlukah aku mengikat hubungan dengan ibuku itu?”. Nabi menjawab; “Ikatlah hubungan dengannya”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)
Jika terhadap ibu yang kafir kita masih disuruh agar berbuat baik dan tidak memutuskan hubungan, maka apatahlagi dengan ibu yang telah Islam, cuma tidak solehah sahaja. Kita wajib terus menjalinkan ikatan/hubungan dengannya dan pada masa yang sama kita membetulkannya sedikit demi sedikit dengan penuh hikmah. Kita melihat sikap Nabi sendiri, walaupun bapa saudaranya (Abu Thalib) tidak menerima Islam, Nabi terus berhubungan dengannya dan tidak pernah berputus asa mendakwahinya hingga akhir hayatnya (Abu Thalib).

Wallahu a’lam.

Jasad Firaun









Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.


Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
 Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
 Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain 
tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. 
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
 Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, 
Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai
 pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. 
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih 
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan 
 dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. 
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
 Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden
 (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
 Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu 
Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
 KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan
 ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru;
. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
 Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. 
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun 
dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal
 kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. 
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
 “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? 
Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?
 Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun
. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
 “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri
 atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. 
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian
 mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam 
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh.
 Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan
 satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan,
 beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata
: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
 Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke
 Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan 
buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah 
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu 
The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai 
Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
 “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi
 al-Quran benar-benar kalam Allah.

Tuesday, July 24, 2012

6 perkara Allah sembunyikan :

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' 

Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :

 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :

 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang ermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.



 






Friday, June 8, 2012


 


Permasaalahan sekitar cara memakai cincin menurut Islam



Ulama berselisihan pendapat dalam perkara cara memakai cincin.Maka oleh kerana ada khilafnya maka memakai cincin samada di jari tangan kanan atau kiri tidak jadi masaalah.


Tempat letaknya cincin :

 Ulama' tidak berselisih pendapat tentang cincin yang di pakai oleh kaum wanita.Kerana cincin sememangnya perhiasan mereka.Bagi wanita mereka boleh pakai di samada di tangan kanan atau kiri atau cari kaki sekali pun ikut piihan mereka.

Yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama ialah cincin yang di pakai oleh kaum lelaki.

Beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan. 

Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga ulama menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah saw. 

Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.

 Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memilih pemakaian disebelah kiri. 

Berkata Imam Shafiee :
 Kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Berkata sebahagian ulama: 
kiri adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya.

 Imam Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

Kata Imam Hanbali : 
Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa Imam Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

Sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, 
dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

(Sumber:Fatwa cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait yang di petik oleh sdr.Ady Muhammad facebook.com/ady.muhammad ) .

Nota tambahan:
1. Dari al-Barra bin Azib r.a, dia berkata : 
    Rasulullah memerintahkan kepada kami 7 dan melarang kepada kami dari 7 perkara pula : 
Beliau memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, melihat orang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, mendukung sumpah/orang yang bersumpah dan membalas salam, menyebarkan salam dan mendoakan orang bersin. 
Beliau melarang kita memakai wadah dari perak, cincin emas, sutera, pakaian yang berlapis sutera tipis, pakaian yang diperbuat dari cotten dan sutera, pakaian yang berlapis sutera tebal dan tutup pelana dari sutera.(Sumber)

2. Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa
    Nabi s.a.w memaki cincin dari emas atau perak dan menempatkan muka cincin itu dekat tapak tangan beliau, dan di dalamnya dilukiskan "Muhammad Rasulullah".
Maka orang-orang memakai cincin seperti yang beliau pakai. Ketika beliau melihat mereka memakainya, maka beliau melemparkan cincin beliau itu dan berkata : Aku tidak akan memakai selamanya, lalu beliau memakai cincin dari perak pula. Berkata Ibnu Umar:Orang yang memakia cincin itu setelah Nabi s.a.w adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman sehinggalah cincin Uthman ini jatuh disumur aris.(Sumber)


waAllahua'lam.

Tuesday, May 22, 2012

janggut

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri


Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam….

kucing

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….

Tuesday, May 15, 2012

surah Al Quran sbgai Mahar..

 
Mahar atau mas kawin kadang2 menjadi pertikaian bagi mereka yang tidak mampu untuk bernikah. oleh sebab masalah itu juga, mereka yang ingin bernikah terpaksa membatalkan rancangan mereka. peristiwa itu juga berlaku pada zaman Rasulullah SAW...

Pasa suatu hari, datang seorang perempuan menemui Rasuluallah. Melihat dari raut wajahnya, Rasuluallah dapat menduga perempuan itu seperti ada masalah dan meminta baginda menyelesaikannya..
Setelah teragak agak seketika, perempuan itu bersuara,
" Wahai Rasuluallah , aku serah kan diriku kepadamu."
Rasuluallah berfikir sejenak,kerana ingin kan kepastian dari maksud sebenar perempuan itu. Belum sempat soalan itu dijawab, seorang lelaki muda berdiri di sebelah perempuan itu,
"Wahai Rasuluallah,kahwinkan lah dia denganku jika tuan tidak berhajat kepadanya," beritahu lelaki itu..
Lalu jawab Rasuluallah, "Wahai anak muda, apakah kamu ada sesuatu yang boleh dijadikan mas kawin untuknya?"
"Saya tidak mempunyai apa2 selain daripada kain yang saya pakai ini," ujarnya jujur..
"Jika kamu berikan pakaian kamu,sudah tentu kamu pula tidak berpakaian. Kalau begitu,kamu carilah apa sahaja meskipun sebentuk cincin besi," cadang Rasuluallah lagi..
Akhirnya,lelaki itu mencari cincin besi seperti mana yang dicadangkan tetapi setelah sekian lama mencari, lelaki itu bertemu semula dengan Rasulallah dengan wajah sugul,
"saya gagal mendapatkan apa yang tuan cadangkan," luah lelaki itu dengan perasaan kecewa..
"Begini sahajalah. Oleh sebab kamu tidak mempunyai apa2 untuk dijadikan mas kahwin,
adakah kamu menghafal surah2 Al Quran???"
"Ada,ya Rasuluallah,"ujar lelaki itu sambil membacakan beberapa surah Al Quran yang dihafal..
"Kalau begitu,aku nikahkan engkau dengan wanita ini dengan mas kahwinnya surah-surah Al Quran yang engkau hafal itu," beritahu Rasuluallah kepada pasangan tersebut.
Mendengar apa yang dikhabarkan oleh Rasulualalh,pasangan itu berasa lega kerana dapat berkahwin walaupun dengan surah-surah Al Quran yang dihafalnya..

Moral Sirah :
Dalam hal ini, kebijaksanaan Rasuluallah terserlah apabila tidak memaksa pasangan 
yang kurang berkemampuan bernikah dengan menyediakan mas kahwin yang 
tidak mampu disediakan.
Dalam satu hadis yang lain,Rasuluallah pernah berkata,
"sesiapa yang memberi mas kahwin kepada seorang perempuan berbentuk tepung atau kurma maka dihalalkan perempuan itu baginya dan perkahwinan itu sah."