berdoa..

mohon bacalah petikan ini.....
pasti tersentuh dihati..
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita
dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak
sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak
makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan
Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak
gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita
tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik
memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat
sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun
pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.
Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah
makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada
Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru
nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang
kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita
renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur
dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali
agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam,
solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman
sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun.
Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada
aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada
tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang.
Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan
setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang.
Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap
ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak
harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap
kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat
kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk
dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat
kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita
sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah
pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi
Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab
kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan,
kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat
malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan
umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah
pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar
lidah kita nak berselawat ke atas baginda.
Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur
dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan
kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah
hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya
Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah,
kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah
dikau wahai hati..
No comments:
Post a Comment